Monday, September 19, 2005

Dia tetap manusia...

aku tak setuju betul bila dengar ayat nih..

"aaah! letih tul la nak jaga lembu-lembu nih"

atau

"ni la susah jaga lembu ni, dah sume kena supply, takleh nak jaga sendiri ke"

Lembu direfer kepada pekerja dari seberang. diambil direct dari sana dan bekerja direct dengan kompeni aku. maknanya dalam ringkasan diorang ni datang sehelai sepinggang untuk kerja dengan kami di tapak nun.

Memang pada asasnya diorang ni takde kemahiran dalam binaan, semua kena ajar 1 demi 1. nak pegang tukul pun kena diajar. tapi ingatlah, diorang ni kita boleh bercakap dengan dia, dan dia paham apa kita cakap. dalam istilah mantiq pun manusia ni ialah "haiwanun natiq" .. haiwan yang berkata-kata. bila dia manusia, dia ada nama, maruah, akal, harga diri, perasaan, dan semuanya yang kita ada. jadi siapa kita nak panggil mereka.. Lembu?

ingatlah, kalo negara diorang tak susah macam sekarang, jangan harap diorang nak merayu merintih meredah ombak untuk kerja di sini. walaupun aku sendiri kurang mempercayai mereka nih "tips survival di tapak #223 - never really trust the workers", tapi aku tetap menganggap mereka ni sebagai manusia, dan hormati mereka sebagai manusia.

Jika aku kata mereka itu lembu, aku ni apa?..
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...