Saturday, September 18, 2004

Anekdot (lagi?)

(mekasih cik hudasoid bagitau aku makna istilah nih, aku ni bukan tera sangat bahasa)

nombor 1

Pilihanraya kampus kini masuk paper! aku rasa zaman dulu takde pulak masuk paper, skarang ni tah kenapa pelajar U (tak bleh guna istilah mahasiswa dah.. sbb tak de apa yg bleh di maha kan korang skang :-) ) menjadi fokus. tak kisah la tu. lepas tu dalam paper ada pulak perbandingan antara proaspirasi dengan propembangkang. tu pun aku tak kisah. aku 'ignorant'? yaa.. anda betul. sebenarnya aku tak peduli sangat tentang pro manakah anda, cuma yang penting skang ni ialah kebajikan pelajar. oleh kerana sume dah kaya dan buat2 kaya, kenapa tiada siapa peduli tentang KEBAJIKAN AKADEMIK mereka? (boleh guna ka istilah ni?). apa guna sponsor sana program sini tapi yang dapat F D- D+ budak melayu gak? apa guna ceramah sana muzakarah sini tapi tiada apa nak buat kat kawan2 yang dapat 2.00--? kite sibuk bercakaran sana sini, tapi yang untung orang lain gak. kita sibuk berdebat pasal dasar la organisasi la, tapi % yang gagal tamatkan pengajian orang kita gak. think man think... insafla dari merugikan anak bangsa sendiri no..

nombor 2

brain drain di negara kita cuma dipandang kepada mereka yang bekerja di luar negara, ataupun doktor-doktor yang blah dari hospital kerajaan. bagaimana pula dengan mereka yang tamat pengajian dalam 'kursus yang tiada pasaran'? itu tidak dikira 'brain drain' ke? belajar penat2 teori relativiti, fizik atomik, mendalami biotek, memahami aplikasi teori tegasan-beban bahan, mengenal sifat geoteknikal tanah.. tapi akhirnya jual burger? bukan aku menghina dan bukan jua aku egois, terpulang, yang memang tak minat apa yang dipelajari tak leh buat pe la, tapi aku kesian yang terpaksa kerja dalam bidang lain kerana bidang mereka pelajari penat-penat dulu 'tiada pasaran kerja'. apa yang akan jadi dengan ilmu tu? ingat la, ilmu tanpa amal bagai pokok tanpa buah.. aku bukan salahkan hangpa.. cuma aku kecewa bagaimana 'hero2' yang kamu pangkah dulu semacam tiada apa nak buat tentang hal ni, melainkan memaparkan statistik dalam sokkabor... tah la..

nombor 3

aku nak kuar umah, dengar plak 'malaysia hari ini', pasal graduan menganggur. biasa la, orang baya aku akan cerita (baca:mengeluh) pasal pasaran kerja kurang etc etc. tapi aku cukup bosan dengar komen 'generasi atasan', komen yg boleh digelar 'armchair komen' [betul ke?], hang dok kat kerusi empuk ada aircond sedap, bagi komen tu ni tu ni tanpa tau situasi sebenar.. feel situasi sebenar. aku malas nak komen satu persatu komentar mereka ni, satgi jadi panjang gile entry nih. tapi tu la, jangan la dok kata "kamu kurang ketrampilan, english kamu teruk, kamu kurang motivasi etc etc", bersyukur sikit zaman hangpa dulu kerja cari orang, tapi akibat kealpaan, kami jadi mangsa.. haha keluhan ni, nampak sangat motivasi aku rendah. :-)

sume entry negatif kali ni, maaf la kalo tahpape, doakan semoga golongan shabab ni tak tercampak ke jalan lagho sokmo ye. wassalam...

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...