Monday, September 07, 2009

Suara tanpa bahasa memang berkuasa..

Macam biasa, sampai ofis, letak beg, tengok fail, dan bersiap nak pergi tapak. Tiba-tiba dapat panggilan telefon.

"Abang, Aliyah balik KL dengan Tok!"
Terkejut. Pana. Pelik. Kemudian apabila neuron kembali beroperasi, aku tanya kembali.

"Dengan siapa? Pak Ngah dia?"
"Hmm..!"

Fikiran aku membuat flash back segera. Baru semalam Comel seronok sangat bila kami bawa jalan-jalan ke Temerloh. Betapa gembiranya naik escalator The Store, berlari sana-sini melihat baju-baju cantik. Berebut manik dengan Umi di kedai bunga.

Tapi malamnya, dia asyik menangis. "Dia tahu kita nak balik KL, tinggal dia di kampung," kata Umi. Sampai jam 2.30 pagi pun masih merap dengan Uminya. Aku terpaksa tidur kerana siapa lagi nak jadi pilot Viva nanti. Hati ayah mana tak meruntun bila mendengar suara anak menangis kesedihan sambil dipujuk Umi.

Sekarang, dia ada di rumah melompat sana-sini bersama Toknya. "Ala, Tok saja nak tengok anak-anak Tok di KL ni macamana," Aku hanya tersenyum simpul.

Dengar cerita, bila Pak Ngah dan keluarganya bersiap hendak balik ke KL, Comel mula memberontak, menangis dan meraung. Oleh kerana kasihankan dia, semua bersetuju membawa dia balik.

Kuat betul kuasa tangisan budak kecil. Dengan tangisan saja hati pembuat keputusan boleh berubah serta merta. Orang yang letih boleh jadi bertenaga bila terdengar tangisan budak kecil yang mahukan susu. Tak percaya tanya Umi.

Bersabarlah ya, doakan masa akan datang Ayah dan Umi lebih lapang dan tenang lagi daripada sekarang.

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...