Saturday, September 26, 2009

Catatan Raya tahun ini..

Aku tak tau mana nak mula. ingatkan nak tulis sikit-sikit. tapi dah dekat seminggu raya, jadi elok aku fusionkan semua catatan dalam kepala dan letak dalam satu entri.

>Tahun ini mak pak aku raya di perantauan, iaitu di Sabah (rumah Idah). Baru le tau rasanya bila keluarga di perantauan kita di kampung halaman. terbalik pulak.

>Waktu balik ke kampung, kami awal 30 minit je dari jem besar Hiway KL-Karak. Dengar cite ada 6-8 jam jugak sangkut. Syukur Alhamdulillah selamat sampai.

>Kerana kesilapan teknikal, Kek Raya cantik Cik Ani hanya boleh ditatap dan tak boleh dimakan. Basi krimnya sebelum tiba waktu makan.

>Raya ini kami pakai maroon. Tahun depan harap kaler lain ye (untuk Cik Ani)

>Aliyah makin pandai nyanyi, sebut nama sepupu, mak pak sedara dan tengok CD. Dia masih tak berjaya sebut Umi.

>Rombongan Hari Raya (berjalan, bertahlil dan bersembang dari rumah ke rumah, acara tahunan orang kampung sini) tahun ini macam tahun lepas, ramai orang tua dari orang muda. Orang tua memang lagi gagah daripada orang muda.

> Tips untuk orang bujang yang nak bertandang ke rumah bakal mertua - Jangan cerita sangat masalah keluarga, walau kronik dan dahsyat macamana sekalipun. Perkara terakhir yang mak bapak nak ialah anak dia kahwin dan alami hidup macam drama TV pukul 3.

>Kena join orang tua-tua untuk berbincang hal walimah adik ipar dengan keluarga bakalnya. Nasib baik tak diperkenankan kuasa veto kat aku, kalau tak mungkin jadi macam Mesyuarat Tapak Bina kejap lagi. hua hua hua.

>Kami jadi famili paling awal tiba di rumah KL (Subang). Rumah lain masih gelap lagi. Sunyinya rasa...

>Walaupun ramai balik raya, LDP tetap jem petang Jumaat. Aparaa LDP...

>Lepas raya ada Assgment IT, Management Teknik, ujian Law Construction dan juga Site Visit Che Det. Bulan 10 ni nampak sikit heavy gayanya.

2 comments:

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Salam Syawal dari kami sekeluarga di Ipoh.

Semoga Allah menerima segala amalan kita dan dipertemukan pula dengan Ramadhan selanjutnya...Amin

Dr.UmiKalthumNgah

PS. Bagaimana proses jurutera profesional? Harap sedang berjalan lancar dan beroleh kejayaan akhirnya...Amin

Faisal Nordin said...

Wslm Pn Umi.

InsyaAllah jumpa lagi Ramadhan akan datang..

Pasal P.Engr. tu, sekarang dalam proses untuk submit design, habiskan course2 utama dan siapkan logbook. InsyaAllah tahun depan boleh sit exam PE.

Doakan segalanya lancar ya Dr. Pn. Umi. :D :D

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...