Sunday, August 09, 2009

Tak lama lagi puasa

Puasa dah tak jauh. Lagi ditunggu lagi cepat terasa, banding dengan hari gaji, yang ditunggu makin lambat terasa.

Masa dulu, aku rasa iklan raya akan mula seminggu puasa, ataupun lewat. Tapi atas dasar broadband dan kapitalis, bulan Rejab pun dah ada promo raya. Agaknya kalau beli di bulan Rejab, boleh habis bayar lepas Syawal.

Eh, aku tulis ni bukan iklan di media saja. Tapi di ofis juga. Dan kedai makan. Jangan lupa masjid. Iklan pinjaman peribadi pun makin beranak pinak. Kalau aku tempah London Almond dulu, mungkin sempat dihantar dengan kapal laut, kan?

Lama tak buat skecth, sebetulnya, kurang sangat masa nak buat skecth. Mungkin puasa nanti, jadual aku akan tersusun balik, dengan hidayah-Nya.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...