Tuesday, July 28, 2009

Bila motivasi jatuh apa nak buat?


Hari itu pergi 'Profesional Interview Workshop' anjuran IEM.

Apa yang boleh aku simpulkan, banyak cara untuk dapatkan tahap Pro. Engr. ni. Cuma setiap jalan itu liku-likunya berbeza. Tak kira calon itu dari line akademik (teaching engr), ataupun industri (consultant/client/contractor), semua ada jalan dia tersendiri. Nak kepastian kena refer IEM.

Yang paling bernilai, motivasi yang dapat dari majlis itu. Betul macam artikel yang aku baca dalam sokkobar The Star (sebelum iklan beli rumah/kereta/dsb), kalau motivasi tengah jatuh, elok cari dan pergi bergaul dengan orang-orang positif dan bertenaga tinggi, tak kira dalam kalangan kawan-kawan, saudara ataupun majlis yang berfaedah. Kadangkala, apa yang kita dapat lebih dari apa yang kita sangka.

Nota PI dah berlonggok atas meja tu. Entah bila nak mula belek. Banyak contoh artikel semuanya berpunca dari pengalaman, pembacaan dan pengamatan penulis daripada isu kejuruteraan pada masa ia ditulis. Betul lah macam yang dikatakan, PI ini antara objektifnya ialah memasyarakatkan profesional yang semakin jauh dari masyarakat. Bukan macam zaman dulu, profesional ini rendah sikit je kedudukan dari penghulu satu tempat, sebabnya, hasil kerja, samada rekabentuk atau binaannya, amat bermanfaat kepada orang sekelilingnya.

Sekarang? Entah la labu...

Design tinggal sikit je lagi. Macam entri lepas, kiraan tangan (hand calculation) memang memenatkan, dan kesalahan mudah jadi lagi-lagi kalau dah tengah malam. Mungkin kena buat simulasi model 3d sikit untuk cek dan betulkan apa yang tak betul. Atas tu sampel model guna Esteem Plus, versi lama untuk belajar. Ada masa kena blajar software standard industri pulak.
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...