Monday, May 11, 2009

Jangan singgah tempat ini...



Ok. Komen ini sah sehingga sesuatu dilakukan oleh tuan punya tempat ini. Kalau tidak, anggap komen ini sebagai panduan perjalanan dan penulis tidak bertanggungjawab apatah lagi memang malas melayan pertanyaan lanjutan.

Stesen Petronas Bentong (Dalam Lebuhraya KL-Karak, selepas hentian Genting Sempah)

Dari luar nampak gah. Setakat 20 bas rilek je boleh parking kat dalam. Tengok rekabentuk parking dan kawasannya amat menarik dan bagus untuk berehat sebentar, tapi...
- Toilet besar, tapi 2 saja boleh pakai. Itupun tahap kalau anda masuk, anda akan khak-thui secara automatik mahupun manual
- Bilik mandi pun semua berkunci. Kedekut sabun mungkin.
- Surau? Apa la dalam kepala designer aku pun tak tau, luas, tapi sempit, sebab tidak ngam dengan arah kiblat. maksimum boleh solat. hmm..mungkin 6 orang sekali imam?
- Restoran. Melainkan perut ada 'healing factor' maka sila la makan.
Kesimpulan, jangan tertipu dengan stesen yang gah. Baik singgah di Bentong, banyak lagi pilihan yang berganda lebih baik dari sini.

Petronas Kota Damansara

Ya, amat gah. Ada Maybank! CIMB! oh ye, ada A&W pula. Hebat! tapi
- surau ok. tapi bau kepam. itu la employ lagi orang pemalas dari benua sana. habis surau baru kepam.
- kedai? hmm.. kalau lapar sangat, pergi je Giant ataupun kedai runcit berhampiran. Jangan buang masa anda beratur di sini. Cukuplah beratur jem pagi dan di stesen LRT. Takkan nak que lagi semata-mata nak beli roti sebungkus?
Kesimpulan. sama di atas. jangan tertipu dengan cawangan-cawangan bank yang hebat, restoran makan-laju yang terkenal. servis di sini boleh kata hampeh. banyak lagi stesen minyak di Kota Damansara ni. Kalau tiada urusan rasmi, tak payah datang.

Ya. Sekian. Bukan selalu aku mengamuk di blog sendiri. hurmmm.....
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...