Wednesday, April 22, 2009

Pilihan


Kali ini aku kena pilih antara karier dengan famili. Mega projek yang penuh glamer dan projek yang glamer la jugak. Internasional dengan Local.

Nak teruskan, famili kena suffer. Masa kualiti makin sikit. Tengok Si Comel pun makin merap bila jumpa aku dan Uminya. Aku pula terasa makin stress. Rehat memang tak cukup. Rasa nak tidur je di bawah papak slab ni. Sejuk beb.

Dari segi kerja pula, kerja lebih 12jam on-site, 2jam office. Boleh harapnya, satu Supavisor yang aku kira hebat (ye la dah 20 tahun main konkrit, takkan tak hebat lagi kan?). Yang lain (baca Korean Injinier), bercakap tak reti, baca drawing tunggang langgang, spec tak faham. Sibuk dengan dimensioning tapi alignment macam ular kena ketuk. Gagal melihat 'the big picture' projek mega ini. Suka lawan client tanpa back-up (baca:ego tapi bodo). Tak reti isi form. Sini bukan tempat latihan. Nak latih budak amik Jurulatih.

Bos-bos diorang memang hebat, kalau tak takkan siap bangunan kapal layar kat federal highway tu kan? Tapi itu cerita 10 tahun dulu. Dulu lain sekarang lain brader.

Entahlah. Projek memang mega. Ketiga tingginya di KeyEl. Tapi kerja macam Supapomen (Supervisor+Pomen), sampai Akitek, RA dan RE pun tak sangka aku ni siapa. Aku pun bincang dan rasa eloklah aku tarik handbrake. Aku tak rasa aku boleh jumpa jalan di sini. Cita-cita dan keluarga aku rasa kena diutamakan. Apakah hebat sangat pada nama projek tapi buat S-curve pun tergedik-gedik, jangan cakap le pasal nak counter-design, apa lagi nak kontrol cost.

Maka, rayuan telah diterima. Tebal muka tak tergambar nak dilukis. Syukur dan terima kasih pun tak tertulis di sini. Cuma boleh bayar dengan keazaman menyiapkan tugas yang tertinggal. Itu saja. Semoga Dia permudahkan jalan yang aku pilih. Insya Allah.

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...