Wednesday, April 22, 2009

PERSIDANGAN ILLUSTRATOR KEBANGSAAN 2009

Kekerapan Persidangan
Setahun sekali, setiap kali pesta buku antarabangsa pwtc diadakan.

Tempat Persidangan
Bilik Kuala Lumpur ( di atas Dewan Hussein Onn, kudapan disediakan )

Tarikh Persidangan

AHAD ini 26 April 2009 dari jam 1 hingga 4 petang

Objektif :

- menyatukan para illustrator, designer, animator, grafik artist, visualizer dan
semua pekerja kreatif untuk bersama bersatu diskusi proaktif dalam menuntut hak / timbal sepatutnya.
- menemukan pelbagai pihak terutama dari kalangan mereka yang terlibat dalam
penerbitan buku, majalah, komik, animasi kanak-kanak dan remaja.
- mewujudkan persefahaman dan kerjasama melalui perkongsian idea, pengalaman dan
buah fikir antara para illustrator terutama dari mereka yang lebih berpengalaman.
- melaporkan kedapatan/ hasil kajian berkenaan perkembangan, status dan sumbangan
para illustrator dalam pelbagai aspek sosial dan prasarana ekonomi negara.
- mengenal pasti mekanisme pelan tindakan dalam memperkasa profession Illustrator
sekali gus menyemarakkan lagi industri penerbitan tanah air
- melibatkan / memperkenalkan dan menengahkan generasi muda illustrator sebagai sebagai pelapis
perjuangan.
- mengumumkan program anugerah tahunan ( honour list) oleh PEKOMIK dalam memberi folio,
pengiktirafan dan memertabatkan sumbangan para pelukis
- merumus dan mengumumkan deklarasi persidangan serta merancang tindakan susulan
- suatu persidangan meja bulat dimana semua punya hak dan suara yang sama.
- suarakan idea dan pendapat anda di sana.
- Hubungi Z.Ibrahim 016-2558582 sekiranya anda berminat untuk membentangkan
kertas kerja / pertanyaan

Isu-isu yang bakal dibahaskan :

- Plan tindakan dalam menghadapi kemelesetan ekonomi
- Harga lantai / harga patut bagi illustrasi dan kerja-kerja kreatif berkaitan
- Prasyarat cetakan nama Illustrator di muka depan buku yang kandungan illustrasinya melebihi 50%.
- Hak untuk mendapatkan suatu kertas perjanjian / bukti persetujuan terutama dalam hal berkaitan
pembayaran /pelantikan / kontrak / hitam putih sebelum apa-apa kerja “freelance” dimulakan bukan
sekadar perjanjian lisan seperti yang diamalkan oleh kebanyakan penerbit sekarang.
- Peratusan patut bagi Illustrator bagi kadar “royalty” / “outright purchase” / komisyen
- Isu berkaitan hak intelek, bantuan guaman, isu-isu berkaitan dan hak cipta berkaitan
- Isu berkaitan wadah atau medium informasi / maklumat paling efektif bagi para pelukis
- Isu menyenarai hitamkan penerbit-penerbit berdosa demi melindungi “keluarga” illustrator di masa
hadapan.
- Isu pendidikan dan pembangunan terutama golongan muda Illustrator
- Isu pengiktirafan kerjaya / sumbangan illustrator di peringkat antarabangsa
- Peluang anugerah / folio
- Isu penyenaraian kod etika kebangsaan sebagai garis panduan illustrator
- penyelarasan, penguat kuasaan dan perancangan susulan dalam memelihara kepentingan illustrator

Sokongan / Penyertaan
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Majlis Buku Kanak-kanak Malaysia, PEKARTUN ( persatuan pelukis Selangor dan Wilayah Persekutuan ), PEKOMIK ( persatuan penggiat komik ), Dewan Bahasa Pustaka, Jabatan Senireka dan grafik IPTA dan IPTS seluruh Malaysia, Akademi Seni Negara, Balai Senilukis Negara, Persatuan Pelukis Kurang Upaya Malaysia, Kelab / Persatuan seni tempatan, Para intelek dan penggiat Seni, Wakil kementerian berkaitan


Nota Penulis Blog - Aku sekadar memanjangkan jemputan ini. Tidak terlibat dengan persiapan mahupun apa-apa agenda persidangan ini. err.. jemput semua hadir ye...

No comments:

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...