Tuesday, March 31, 2009

Jumpa Mentor lagi...


"Hmm.. dah banyak kamu siap," kata Mentor

"Aa.. boleh la, pulun nak belajar harini, saya siapkan satu section dulu, kurang-kurang boleh buat sampai foundation dulu," jawab Hero. Sebeban kertas design diletak atas meja. Belum siap tapi nak sama tebal dengan Kreko edisi Raya.

"Aa..? Kenapa? Kamu nak pergi oversea lagi"

"Tak, kerja dengan orang oversea."

"Hmmm..." Mentor mengurut dagu. "Jadi lepas ini jadual kamu memang padat la ya?"

Hero mengangguk.

"Baiklah, cuma saya harap kamu kerja elok sikit dengan orang luar ni, jangan malukan profesion kita pulak,"

Hero angguk lagi, sambil hirup kopi. Yang pasti dihirupnya bukan Kopi Angguk.

Lega. Masalah design berjaya diselesaikan dalam satu malam saja. Namun begitu ada satu lagi masalah yang menganggu fikirannya.

"err.. kalau design ni fail, camana? Ada cara nak adjust tak? Ubah nilai cheking ke?" kata Hero dengan nada mendatar.

"Kamu ni memang kontraktor sejati! Kalau salah, kira la balik dari awal sampai habis! Muktamad!" kata Mentor sambil tersenyum.

Adeii... Hero berkata dalam hati.. banyak salah ni, kena satu round lagi nampak gayanya...
Post a Comment

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...