Tuesday, February 03, 2009

Cuma kerana mereka tak pandai

Pepatah lama berbunyi
"Marahkan nyamuk, bakar kelambu"
"Anak di rumah kelaparan, Kera dihutan disusukan"

Cuma kerana usahawan tidak reti bercakap Inggeris
Kita paksa otak budak faham dalam bahasa bukan lidah ibunya (baca: mother tongue)

Cuma kerana siswa-siswi tidak pandai baca buku Inggeris
Kita paksa orang dari kota ke kampung berkokok I you we me

Cuma kerana graduan gagap menyebut "Proficiency in English"
Kita paksa kanak-kanak baru pandai bercakap mengira one, two, three

Tahniah, kita sudah nampak dasar kedalaman globalisasi tajaan barat
Sebab kita sendiri sudah lemas dan keliru apa adat apa budaya apa bahasa apa tatasusila

Bila masa karya seni kita tidak asyik, salahkan orang luar
Bila masa rakyat kurang ajar, salahkan internet
Bila masa rakyat tak reti mengaji, salahkan surau

Dulu tulisan jawi dihakis
Sekarang tiba masa Bahasa
Bangsa pun dah ada bayangnya
Agama? Lihatlah ke sekeliling anda

3 comments:

Iliana said...

aduhhh~ perit sekali katamu itu sahabat..kenapalah kita menyanjung mereka di sana...

Ibnurashidi said...

Salam Sahabat...

Tulisan jawi juga lintang pukang inikan pula mahu belajar bahasa arab secara mendalam..saya lihat kita terlalu dalam berbahasa arab (ditujukan kepada yg belajar pengajian Islam).

Faisal Nordin said...

>e-leeyana
entahlah...kita diracun dan diadun supaya membanggakan sangat benda2 dari barat

>ibnurashidi
sebenarnya, saya tidak kisah andaikan ianya sudah peringkat tinggi (tertiary), sebab pada usia begitu, kapasiti otak sudah berbeza dan keupayaan mentafsir kepada bahasa ibunda pun sudah maju. Cuba bayang kalau belajar solat semasa tadika islam dulu dalam lughah? mau lambat kita faham hatta perkara asas macamtu sekali, kan? cuma pendapat saya saja ya...

Pages - Menu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...